Bunga Kekwa atau Chrysanthemum yang saya tanam dalam pasu depan rumah sebab no direct sunlight sepanjang hari, ini kerana ianya tidak tahan cuaca panas. Ada tiga jenis, tapi tak tau the exact varieties dan mengambil masa yang agak lama (beberapa minggu) untuk putik menjadi bunga. Yang paling best skali bunganya tahan lama sehingga berminggu-minggu apabila dah berkembang.Bunga Kekwa adalah dari famili Asteraceae dan berasal dari Asia.
Bunga kekwa selain dari digunakan sebagai hiasan dan upacara keagamaan seperti di Jepun, juga digunakan untuk tujuan perubatan dan penjagaan kesihatan. Bunganya dikeringkan dan dijadikan teh manakala daunnya direbus bersama herba lain sebagai ubat.
Petikan daripada blog:http://ubattrad.blogspot.com/
Chrysanthemum indicum L. (Compositae)
Kekwa boleh merawat tekanan darah rendah, penyakit histria, bronkitis, batuk kokol, demam dan bengkak. Selain itu, rebusan daun kekwa boleh merawat selsema dan sakit kepala. Air rebusan bunga dan seluruh pokoknya boleh merawat jangkitan kulat. Bunga kekwa juga boleh diguna sebagai ubat pelali dan juga sebagai tonik.
No comments:
Post a Comment